โœˆ๏ธKalau nak pergi TRAVEL, Beg macam mana yang awak akan pilih untuk pack barang-barang awakโ“๐Ÿค”

Zaman sekarang ni ramai yang suka sangat travel dengan kawan-kawan, keluarga dan orang-orang terdekat kita. Yelah kan, sekarang semuanya canggih, Mudah je kita nak booking mana tempat kita nak pergi dan macam-macam lagi yang boleh kita buat semudah ABC kalau nak pergi Travel.

Tapi, kita kena bijak memilih bag travel atau luggage yang macam mana kita patut pilih atau bawak, kalau tak habis barang kita akan bersepah atau ada yang rosak. Jadi, di sini, kami akan share beberapa tips untuk memilih bag travel atau luggage yang tepat supaya tak menyusahkan kita time travel nanti๐Ÿ˜˜

Jom Baca TIPS macam mana nak pilih Bag atau Luggage time TRAVEL dekat bawah ni ๐Ÿ‘‡

1๏ธโƒฃ SAIZ DAN BERAT.

Pernah tak packing barang dan masih banyak lagi ruang dalam beg tu, rasanya jarang sekali berlaku kan. Kita pasti dapat penuhkan ruang beg tu, dan semestinya juga kita akan melepasi had berat beg yang di benarkan. Harga Overweight Charge kadangkala sangat mahal, dan jika boleh, dapaatkan beg yang sedia ada ringan ketika ianya tidak berisi apa-apa. Pastikan ketika kita nak beli bag , beli bag yang beratnya sama seperti yang tertulis pad tag bag tersebut. Beg yang kita mahu hand carry pula, pastikan beg itu berat bawah 5kg.

Kebanyakan beg yang ringan biasanya mempunyai permukaan yang lembut. Jika kita sentiasa bergerak dengan barangan yang mudah pecah, beli lah beg dengan permukaan yang keras.

2๏ธโƒฃ HAND CARRY BAGS

Tidak semua syarikat penerbangan mempunyai spesifikasi kompartment yang sama. Sebagai contoh penerbangan AIR ASIA, size yang dibenarkan adalah dalam lingkungan 56cm X 36 cm X 23cm dan dibawah berat 7 kg. Untuk mengelakkan masalah, cari beg yang paling ringan. Jika kita tidak mahu check in beg kita, beg perlu tidak melebihi berat atau saiz yang dibenarkan oleh syarikat penerbangan. Mungkin mereka akan pejam mata sedikit tentang size dan berat ini. Tapi, jika tidak mahu ambil risiko, keep your bag underweight dan beg dengan size yang sesuai.

3๏ธโƒฃ PERIKSA SETIAP INCI BAG

Seperti juga kereta, kita juga perlu test drive beg yang kita mahu beli, Periksa betul-betul bagasi tu terutamanya bahagian roda, tali dan zip. Periksa juga keadaan jahitan beg berkenaan.

4๏ธโƒฃ JENIS MATERIAL BAG

Untuk bag yang tahan lasak dan jenis material yang bagus, 3 faktor ini perlu di ambil kira: rangka, fabrik dan waterproof. Kalau bag berkenaan ada rangka dalaman, cari yang diperbuat dari fiberglass untuk beg yang ringan. Jika mencari beg yang kain, pastikan ianya diperbuat dari material ballistic nylon. Pastikan beg yang kita beli tu kalis air. So tak de lah barang basah nanti.

5๏ธโƒฃ BELI BAG JENIS YANG LAIN DARI YANG LAIN

Cuba elakkan beli beg berwarna hitam. Dalam penerbangan nanti, majoriti beg adalah warna hitam. Untuk memudahkan kita mengenali beg kita, apa kata pilih warna-warna terang atau bercorak. Hard Case Luggage sekarang ini sudah banyak yang mempunyai corak yang cantik. Jadi ikut kita lah corak mana yang sesuai dengan jiwa kita.

6๏ธโƒฃ JENAMA DAN WARRANTI

Ada jenama yang mempunyai reputasi lifetime warranty sebagai testimoni awal kualiti dan ketJadi, sebelum beli sesuatu beg, cuba bertanya berkenaan warranti jenama beg itu.

Kami harap tips ini dapat membantu semua orang dalam mencari beg idaman yang berkualiti.๐Ÿ˜Šโค๏ธ