โžก๏ธSuka SHOPPING ONLINE ? Ini Taktik baru PENIPUAN SCAMMER yang kami nak SHARE โ€ผ๏ธ๐Ÿ˜˜

Walaupun kami ni peniaga online , kami nak share dan bercerita tentang penipuan scammer yang terjadi sekarang ni. Kami dari Apricus bukan scammer tau ! insyaallah always the best for our customers ๐Ÿ˜˜

Makin lama makin banyak kes penipuan online oleh scammer yang disifatkan sangat licik dan kompleks. Cara penipuan ini ada juga yang melibatkan “KAMBING HITAM”atau kami panggil sebagai “PENIPUAN TIGA HALA” supaya si penipu sukar di jejaki dan di kesan. Selain LICIK, teknik juga ini juga selalu digunakan oleh penipu untuk mengorek duit daripada mangsa…

Baca dan fahami gambar kat bawah ni๐Ÿ‘‡

Nak tahu apa teknik nya? Jom scroll lagi ke bawah dan baca dengan teliti ๐Ÿ‘‡

Tekniknya begini:-

1 . Peenipu akan mencari seorang “kambing hitam” yang juga seorang peniaga online dan berpura-pura mahu membeli barang dari peniaga tersebut. Matlamat penipu cuma mahukan butiran akaun bank peniaga tersebut.

2. Kemudian penipu itu akan berpura-pura menjual barang online dengan pelbagai teknik untuk mencari mangsa. Sekiranya jerat mengena, mangsa dikehendaki melakukan pembayaran kepada akaun “kambing hitam” tersebut.

3. Setelah pembayaran di buat oleh mangsa, penipuan akan menghubungi “kambing hitamnya” dan cuba untuk mengorek keluar wang yang dimasukkan tadi. Antara alasan yang digunakan adalah seperti :-

โŒ Terlebih memasukkan wang
โŒ Tersalah akaun
โŒ Nak batalkan pembelian

Dan penipu ini mungkin bersemuka sendiri dengan kambing hitamnya untuk mengambil duit tersebut supaya jejaknya selepas ini tidak dapat dikesan. Malah yang lebih teruk, ada juga yang menggunakan teknik yang sama untuk menggunakan kesemua duit yang dimasukkan oleh mangsa untuk membeli barangan untuk keperluannya sendiri dari “kambing hitamnya”

Ini lah salah satunya scammer yang kami dapat mengesan. Namun ada lagi caranya mungkin sedikit agak berbeza kerana teknik ini boleh berkembang bergantung kepada kepintaran sipenipu.

Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan dari menjadi mangsa penipuan sebegini korang kene scroll lagi kebawah , hehehe, ini ilmu tau ! untuk berjaga-jaga dan berhati-hati:-

Untuk pembeli mengelak dari menjadi mangsa:-๐Ÿ‘‡
โœ…Lakukan pembelian secara COD, kalau jauh , jika tak ada cod, makesure tahu & mintak alamat office dia kat mana then mintak contact number & try kol dulu.
โœ…Gunakan aplikasi atas talian yang tidak membenarkan peniaga mengambil duit secara terus daripada pembeli. Seperti contoh : Lazada , Shopee & Alibaba.
โœ…Beli di kedai yang berdaftar sahaja.
โœ…Lihat review dan rating dari penggunaan lain.

Pada yang berniaga secara online, kami sarankan korang mendaftar dengan SSM untuk buktikan korang bukan scammer. Sebab sekiranya dah berdaftar dengan SSM, pembeli boleh membuat laporan polis sekiranya ditipu dan akan diambil tindakan berdasarkan maklumat perniagaan yang telah di daftarkan di SSM.

SEMOGA PERKONGSIAN INI BERMANFAAT โค๏ธ โค๏ธ โค๏ธ