๐Ÿ’„Nak Cantik ?? Jangan Tinggalkan TONER Dalam Rutin Harian Penjagaan Kulit Mukaโ—๏ธ๐Ÿ’‹

Walaupun kita perlu menjaga kulit muka kita setiap hari, sepanjang tahun dan bila-bila masa sahaja kita kene jaga. Tetapi, musim panas akan mengakibatkan kulit muka kita kering , jadi, kita perlu lakukan rutin penjagaan kulit muka lebih ekstra bagi menyingkirkan semua kotoran , minyak dan elakkan dari pori tersumbat. Jadi , apakah formula rahsia untuk kulit yang sihat? Lebih-lebih lagi pada musim panas.?? Yes !! the answer is TONER! tetapi AWAS! Jangan terlalu kerap cuba sembunyikan masalah kulit berjerawat dan berminyak dengan mekap. Untuk permasalahan ini kunci nya dan yang akan dapat membantu adalah dengan menggunakan Toner yang lembut dan menyamankan untuk menyingkirkan minyak dan sisa kotoran.

Toner sangat bermanfaat dan penting bagi mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak dan berjerawat. Ianya sangat berguna untuk mereka yang memerlukan pembersihan tambahan kerana tabiat mereka yang kerap memakai mekap atau menggunakan produk penjagaan kulit seperti krim pelindung matahari.

Mungkin terlintas difikiran apa sebenarnya fungsi toner ni kan? Perlu ke kita gunakan toner dalam rutin harian ? Toner ni keringkan kulit muka kita ke ? Haa jom scroll bawah ni lagi kalau nak tahu manfaat toner untuk kulit dan bagaimana toner membantu menjadikan kulit muka bersih, kekal muda, dan menghalang pertumbuhan jerawat. Teruskan membaca ok ๐Ÿ˜Š

#1๏ธโƒฃ Mengurangkan Atau Mengecilkan Saiz Liang Pori

Letakkan sedikit toner dengan menggunakan kapas muka yang lembut. Hanya sapu pada wajah untuk menghilangkan minyak berlebihan pada wajah. Ia akan menampakkan liang pori yang lebih kecil pada wajah.

# 2๏ธโƒฃ Menstabilkan pH Seimbang

Keseimbangan pH kulit kan dicerna selepas di basuh/dicuci , kerana bahan alkali pada sabun. Oleh kerana itu, keseimbangan pH terganggu dan kulit muka perlu bekerja lebih mengembalikan keseimbangan pH. Dengan menggunakan toner, keseimbangan ini boleh dipulihkan dengan cepat.

# 3๏ธโƒฃ Menambahkan Lapisan Perlindungan

Ia menyingkirkan klorin dan mineral yang terdapat di dalam air yang digunakan untuk mencuci muka dan oleh itu lindungilah kulit muka kita. Seterusnya ia menutup pori-pori kulit dan menyempitkan jurang sel, oleh itu, membantu dalam menyekat penembusan kotoran dan pencemaran ke dalam kulit.

# 4๏ธโƒฃ Bertindak Sebagai Humectant

Sesetengah toner bertindak sebagai humectant, iaitu membantu mengunci kelembapan ke dalam kulit

# 5๏ธโƒฃ Menyegarkan Kulit

Jika kamu kesuntukan masa, toner boleh digunakan untuk menghilangkan kotoran dan minyak berlebihan selain membasuh muka kamu dengan menggunakan air. Ia menjadikan kulit kamu bersih dan segar.

Sesetengah orang mengatakan bahawa menggunakan toner boleh mengeringkan kulit terutamanya pada cuaca sejuk apabila kulit sudah sedia kering. Tetapi kebaikan toner mengatasi kekurangan yang kecil ini. Lebih-lebih lagi kamu boleh mengatasinya dengan menggunakan pelembap selepas menggunakan toner supaya ia dapat mengekalkan kelembapan wajah kamu. Selain itu, manfaat menggunakan toner yang paling besar adalah ia dapat mengawal jerawat dan kedutan.

Bagi mereka yang memakai mekap setiap hari, toner akan menjadi item yang sangat berguna sebagai sebahagian daripada rejim penjagaan kulit harian untuk memastikan sisa mekap dapat ditanggalkan dengan sempurna dan tidak menyebabkan pori tersumbat yang membawa kepada pertumbuhan jerawat. Jika menggunakan toner untuk jangka masa yang panjang ia dapat membantu melambatkan pembentukan kedutan pada wajah kamu.

Walaupun kamu tidak memakai mekap setiap hari, kamu masih boleh menggunakan toner yang lebih ringan teksturnya sekali sehari untuk menyingkirkan kotoran dan lebihan minyak untuk memastikan kulit sentiasa segar. Jika toner menyebabkan kulit kamu kering, kamu boleh menggunakan hirisan timun atau jus timun, kapas muka yang dicelup ke dalam jus lemon, hirisan tomato ataupun kiub ais sebagai alternatif lain.