๐Ÿ’„Nak MAKEUP yang CANTIK?? Mesti kena Pandai Pilih FOUNDATION yang sesuai dengan tona kulit. Macam Mana nak pilih ?? Jom kami share TIPS๐Ÿ˜‰๐ŸŒน

Foundation adalah salah satu produk penting yang kita gunakan dalam makeup harian. Memilih jenis foundation yang sesuai dengan kulit boleh dikatakan payah juga sebab ia datang dalam pelbagai tona dan formula. Ia juga produk yang boleh dikatakan tricky sebab makeup korang akan end up jadi flawless atau sebaliknya.

Sebab tu lah kene buat research sikit tentang jenis kulit korang sebelum beli foundation. Baru tahu ngam ke tak dengan kulit. Kalau salah pilih, tak pasal-pasal muka korang akan nampak berbeza. Jadi admin nak bantu korang achieve makeup yang flawless tu dengan tips-tips berikut:- ๐Ÿ‘‡

  1. KENAL JENIS KULIT MUKA

Perkara paling penting yang korang kena tahu sebelum beli foundation adalah kenali jenis kulit. Ini untuk memastikan formula dalam foundation tu sesuai dengan jenis korang. Jenis foundation yang sesuai dengan kulit berminyak adalah oil-free liquid foundation ataupun powder foundation. Kulit korang akan lebih lembut dan korang akan dapat finishing yang matte.

Buat kulit normal, korang beruntung tau sebab boleh gunakan apa-apa jenis foundation tanpa fikirkan masalah kulit kering atau berminyak.

Untuk yang berkulit kering, penting untuk korang mosturizer dulu muka sebelum memakai produk lain. Kedutan di wajah nampak ketara atas kulit kering. Jenis foundation yang sesuai untuk korang adalah yang oil atau water-based. Korang boleh gunakan liquid foundation dan sebolehnya elakkan powder foundation.

Pernah tak korang pakai produk kosmetik, muka korang naik merah-merah, jerawat atau gatal-gatal? Haa.. tu maksudnya korang mempunyai kulit yang sensitif. Bagi mengelakkan masalah kulit yang lagi teruk, better korang tolak tepi produk atau foundation yang mempunyai fragrance atau alcohol.

2. KETAHUI WARNA DASAR KULIT (SKIN UNDERTONE)

Seeloknya korang pilih tona foundation yang seakan warna kulit , tak terlalu cerah dan tak terlalu gelap untuk mendapatkan hasil yang neutral. Jadi korang kena tahulah warna dasar kulit korang cool, natural, olive atau warm.

Caranya korang lihat kulit korang, kalau ia putih kemerahan (rosy), maknanya kulit cool, kalau kulit lebih kepada kuning keemasan, tu kulit yang warm. Neutral pulak adalah kombinasi kedua-dua warna undertone tersebut. Bila korang dah tentukan undertone kulit, lebih mudah untuk korang shopping foundation nanti.

3. ELAKKAN SPF

Mesti benda ni bertentangan dengan benda yang korang selalu dengar , betul tak ?? Memang betul SPF tu adalah jawapan pada semua masalah, tapi kali ni admin cadangkan supaya korang elakkan memakai foundation yang mempunyai SPF. Foundation yang macam ni selalunya lebih lembap dan tak smooth.

Jadi, sebagai ganti, korang boleh memakai sunscreen selepas mosturiser dan kemudian boleh teruskan memakai foundation. Barulah kulit korang terlindung dari sinaran UV!.

4. TEST KAT KULIT DULU TAU!

Biasanya kalau pergi drugstore atau makeup store, korang mesti akan calit produk pada kulit tangan kan? sebenarnya warna kulit tangan dan muka agak berbeza tau, jadi korang kena lah calik kat muka, barulah boleh nampak perbezaan atau persamaan tona warna produk dan kulit korang. Senang lah nak match!

5. PILIH YANG ADA SERUM

Membeli foundation sama macam membeli skincare. Bermakna korang kena pandai pilih yang baik untuk kulit muka. Jangan sewenangnya membeli foundation tanpa korang tahu kandungan didalamnya. Macam mana nak dapatkan kulit yang lembut dan tak kusam walaupun dah makeup??

Haa.. Jawapannya korang kena pilih foundation yang mempunyai serum. Fungsinya sama macam hydrating foundation, untuk menjadikan kulit korang smooth dan glowy sepanjang hari. Tak de lah makeup korang bercapuk nanti.

Semoga tips-tips yang admin share ni, boleh memberi manfaat kat korang. kalau nak tahu lebih lanjut tentang produk kosmetik yang sesuai dengan kulit korang , kena lah rajin membaca dan buat research okay! ๐Ÿ˜‰