โœˆ๏ธ๐—ง๐—ฅ๐—”๐—ฉ๐—˜๐—Ÿ ?? ๐— ๐˜‚๐˜€๐—น๐—ถ๐—บ๐—ฎ๐—ต ๐—บ๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ถ ๐—ธ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ถ ๐—ฝ๐—ถ๐—น๐—ถ๐—ต ๐—ฝ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐˜๐—ฟ๐—ฎ๐˜ƒ๐—ฒ๐—น ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ??๐Ÿค” ๐—๐—ผ๐—บ ๐—ธ๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—ป๐—ฎ๐—ธ ๐˜€๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ฒ ๐—ง๐—œ๐—ฃ๐—ฆ ๐—ฏ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ต ๐—ป๐—ถ ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ผ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด..โคต๏ธ๐Ÿ˜‰๐ŸŒน

Golongan wanita merupakan golongan yang amat mementingkan penampilan diri, khususnya dari segi pakaian. Wanita muslimah masa kini semakin bijak dalam menjaga penampilan diri dan bergaya meskipun dalam apa jua keadaan.

Dalam menggayakan pakaian, yang sopan dan menutup aurat, itu bukanlah faktor penghalang bagi anda untuk bercuti ataupun travel bersama orang tersayang. Kali ni kami nak share beberapa tip menarik pemilihan pakaian muslimah semasa travel.

#1. ๐‘ท๐’†๐’Ž๐’Š๐’๐’Š๐’‰๐’‚๐’ ๐‘ญ๐’‚๐’ƒ๐’“๐’Š๐’Œ ๐‘ซ๐’‚๐’ ๐‘พ๐’‚๐’“๐’๐’‚ ๐‘ท๐’‚๐’Œ๐’‚๐’Š๐’‚๐’ ๐’€๐’‚๐’๐’ˆ ๐‘บ๐’†๐’”๐’–๐’‚๐’Š.

Jika anda ingin bercuti ke lokasi percutian yang beriklim panas dan lembab, anda disarankan untuk memilih baju atau blaus yang diperbuat daripada kapas (๐‘๐‘œ๐‘ก๐‘ก๐‘œ๐‘›) kerana ia boleh membantu untuk menyerap peluh.

Elakkan daripada memakai pakaian berwarna hitam kerana ianya boleh menyerap haba dan membuatkan anda kurang selesa.

Sebaliknya, jika anda berkunjung ke negara beriklim sejuk, pastikan anda membawa sweater kerana ia dapat memberi kehangatan pada tubuh badan anda.

#2. ๐‘ท๐’†๐’Ž๐’Š๐’๐’Š๐’‰๐’‚๐’ ๐‘บ๐’†๐’๐’–๐’‚๐’“

palazzo sangat selesa untuk digayakan ketika travel

Untuk seluar, anda digalakkan membawa seluar jenis potongan longgar untuk memudahkaan pergerakan anda.

Sebagai contoh, bawa seluar palazzo kerana seluar jenis ini diperbuat daripada fabrik yang selesa. Anda juga boleh membawa seluar jeans kerana ia amat sesuai untuk dipadankan dengan apa jua jenis pakaian. Jika aktiviti mencabar sudah ada dalam senarai aktiviti semasa percutian anda, jangan lupa untuk membawa seluar tracksuit ya.

#3. ๐‘ซ๐’“๐’†๐’”๐’” ๐‘ณ๐’‚๐’ƒ๐’–๐’‰

Dress labuh sangat sesuai untuk dibawa ketika bercuti

Wanita muslimah digalakkan untuk membawa dress labuh semasa bercuti.

Dress labuh ini bukan sahaja dapat menjimatkan ruang di dalam beg anda, tetapi juga boleh dipadankan dengan apa jua keadaan.

Ia juga sesuai dikenakan semasa majlis makan malam ditepi pantai ataupun kolam renang kerana dapat menyerlahkan keanggunan seorang wanita.

#4. ๐‘ฒ๐’‚๐’“๐’…๐’Š๐’ˆ๐’‚๐’

Kardigan merupakan pakaian yang digemari oleh kebanyakan wanita

Ketika bercuti, pastikan anda membawa sehelai dua kardigan untuk menghangatkan tubuh anda ketika waktu malam.

Ia bukan sahaja boleh menggantikan sweater , tetapi juga mampu menutup aurat yang terdedah apabila digayakan dengan t-shirt lengan pendek.

#5. ๐‘ป๐’–๐’…๐’–๐’๐’ˆ ๐’€๐’‚๐’๐’ˆ ๐‘ป๐’Š๐’…๐’‚๐’Œ ๐‘ด๐’–๐’…๐’‚๐’‰ ๐‘น๐’†๐’๐’š๐’–๐’Œ

Tudung tidak mudah renyuk sangat sesuai untuk di bawa semasa travel

Untuk pemilihan tudung pula, pastikan anda memilih tudung yang tidak mudah renyukkerana anda sudh tidak perlu bersusah payah untuk menggosoknya ketika ingin keluar.

Selain itu, pastikan anda membawa tudung yang menyerap peluh agar anda sentiasa selesa menikmati percutian meskipun dalam cuaca yang panas.

#6. ๐‘ฒ๐’‚๐’„๐’‚ ๐‘ด๐’‚๐’•๐’‚ ๐‘ฏ๐’Š๐’•๐’‚๐’Ž

Kaca mata hitam wajib di bawa semasa bercuti

Apabila bercuti, kaca mata hitam merupakan salah satu aksesori wajib yang mesti anda bawa.

Ia bukan sahaja dapat menghalang cahaya yang kuat daripada memasuki mata, tetapi juga dapat menyuntik sifat elegan dalam diri si pemakai.