๐Ÿ’โ€โ™€๏ธ ๐“๐ˆ๐๐’ ๐Œ๐„๐Œ๐ˆ๐‹๐ˆ๐‡ ๐๐€๐‰๐” ๐Œ๐„๐๐†๐ˆ๐Š๐”๐“ ๐๐„๐๐“๐”๐Š ๐๐€๐ƒ๐€๐๐ŸŒน

Ukur baju di badan sendiri pun tak cukup tau, sekarang ni macam-macam design baju ada, rambang mata tergoda kan. Tahu saiz S, M, L, XL tak cukup , kena pilih design yang sesuai.. Jadi jangan jadi monster fashion tau ! NO NO NO NO..! hehehe

Ada 5 Jenis bentuk badan yang sangat common, faham kan dulu jenis bentuk badan di bawah ni k โคต๏ธ๐Ÿ˜‰

1) ๐˜ฝ๐™€๐™‰๐™๐™๐™† ๐˜ฝ๐˜ผ๐˜ฟ๐˜ผ๐™‰ ๐˜ฝ๐™๐˜ผ๐™ƒ ๐˜ผ๐™‹๐™‹๐™‡๐™€

๐—–๐—ถ๐—ฟ๐—ถ – ๐—–๐—ถ๐—ฟ๐—ถ

  • Besar pada bahagian perut.
  • Sama seperti bentuk buah apple dan kita kelihatan lebar dan gemuk.
  • Beware girlsโ€ฆ bentuk tubuh ini memiliki ukuran pinggang sama satau lebih besar daripada pinggul.

๐—ก๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐˜

  • Harus berhati-hati dalam memilih baju.
  • Elakkan memakai baju yang yang ketat, lemak akan kelihatan.
  • Cari busana yang agak longgar untuk membantu menutup bahagian pinggang.
  • Pilih corak kecil untuk menutupi kekurangan.
  • Jangan memakai corak berunsur garis horizontal.
  • Untuk fabric, cari dari material lembut untuk kain.
  • Hindari pemakaian aksesori yang terlalu banyak di bahagian pinggang agar tidak terlihat makin lebar dan gemuk.
  • Pilih warna-warna gelap untuk memberikan kesan langsing

2) ๐˜ฝ๐™€๐™‰๐™๐™๐™† ๐˜ฝ๐˜ผ๐˜ฟ๐˜ผ๐™‰ ๐˜ฝ๐™๐˜ผ๐™ƒ ๐™Ž๐™๐™๐˜ผ๐™’๐˜ฝ๐™€๐™๐™” ๐˜ผ๐™๐˜ผ๐™ ๐™Ž๐™€๐™‚๐™„๐™๐™„๐™‚๐˜ผ

๐—–๐—ถ๐—ฟ๐—ถ – ๐—–๐—ถ๐—ฟ๐—ถ

  • Bentuk tubuh ini memiliki volume lebih pada bahagian dada atau lengan yang lebar.
  • Punggung lebih kecil hingga ke punggung.

๐—ก๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐˜

  • Berikan detail lebih pada bahagian pinggul.
  • Boleh memakai corak motif garis horizontal.
  • Hindari detail lebih pada bagian dada dan lengan.
  • Jangan memakai pakaian ketat.
  • Jangan menggunakan lengan puff, dan rambu ramba di bahagian bahu dan kolar, ini akan menampakkan badan besar.
  • Gunakan bentuk kolar V seeloknya untuk baju yang dipilih.

3) ๐˜ฝ๐™€๐™‰๐™๐™๐™† ๐˜ฝ๐˜ผ๐˜ฟ๐˜ผ๐™‰ ๐˜ฝ๐™๐˜ผ๐™ƒ ๐™‹๐™€๐˜ผ๐™

๐—–๐—ถ๐—ฟ๐—ถ – ๐—–๐—ถ๐—ฟ๐—ถ

  • Bahagian dada kecil dan pinggang ramping
  • Badan dikatakan seperti duyung
  • Mempunyai pinggang, pinggul dan paha yang agak besar.
  • Leher yang jinjang serta selari dengan bahu dan lengan yang kurus.
  • Lebih cepat meningkat berat di bahagian bawah iaitu dari kaki seterusnya ke perut dan bahagian atas badan.
  • Pinggang adalah aset terbaik yang dimiliki oleh orang berbadan pear.

๐—ก๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐˜

  • Meminimumkan corak pada bahagian pinggul ke bawah.
  • Pilih aksesori yang boleh dipakai di bahagian leher bagi menimbulkan ilusi yang kelihatan seimbang dengan pinggul dan paha.
  • Elakkan pemakaian legging atau baju yaang melekap pada tubuh. Say “NO” to mermaid cut skirt.

4) ๐˜ฝ๐™€๐™‰๐™๐™๐™† ๐˜ฝ๐˜ผ๐˜ฟ๐˜ผ๐™‰ ๐™‡๐™๐™๐™๐™Ž ๐˜ผ๐™๐˜ผ๐™ ๐˜ฟ๐™„๐™†๐™€๐™‰๐˜ผ๐™‡๐™„ ๐˜ฝ๐™๐˜ผ๐™ƒ ๐™‹๐™„๐™Ž๐˜ผ๐™‰๐™‚ ๐˜ฟ๐˜ผ๐™‰ ๐™…๐™๐™‚๐˜ผ ๐™‹๐™€๐™ˆ๐˜ฝ๐˜ผ๐™๐™„๐™Ž

๐—–๐—ถ๐—ฟ๐—ถ – ๐—–๐—ถ๐—ฟ๐—ถ

  • Kelihatan sama rata dari atas sehingga ke bahagian bawah seperti pisang.
  • Lekuk pinggang kurang kelihatan.
  • Nampak lurus seperti pembaris.

๐—ก๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐˜

  • Gayakan busana yang diperbuat daripada material yang mempunyai ‘Volume’ seperti chiffon, hycon atau ruffle untuk memberi gambaran lebih berisi serta elakkan memakai busana ketat.
  • Usah memilih busana yang terlalu pendek kerana ia akan menyerlahkan lagi tubuh yang kurus.

5) ๐˜ฝ๐™€๐™‰๐™๐™๐™† ๐˜ฝ๐˜ผ๐˜ฟ๐˜ผ๐™‰ ๐™ƒ๐™Š๐™๐™๐™‚๐™‡๐˜ผ๐™Ž๐™Ž

๐—–๐—ถ๐—ฟ๐—ถ – ๐—–๐—ถ๐—ฟ๐—ถ

  • Bentuk tubuh idaman semua gadis dan wanita di luar sana.
  • Bentuk yang langsing dan mempunyai pakej bentuk yang sempurna.

๐—ก๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐˜

  • Bebas memilih apa jua design baju.
  • Untuk effect tinggi dan lebih langsing, gunakan kasut tinggi.
  • Tak de masalah dalam pemilihan jenis/kain fabrik.
  • Untuk kelihatan menawan, boleh memilih sequin dress, peplum atau lace.

Sebenarnya ada banyak lagi jenis bentuk badan, mudah sahaja, kita kena pandai balance. Ok sekarang cuba perhatikan badan kita depan cermin, mana yang lebih dan mana yang kurang?

Yang kurang kita tambah.. yang lebih kita jangan lebihkan lagiโ€ฆ