KLASIK.

Kebarung Klasik series 2017

 

SEMAKIN sukar menemui pakaian tradisional wanita masa kini. Populariti jubah, abaya dan fesyen dari Asia Barat telah menenggelamkan kecenderungan masyarakat untuk bergaya dalam helaian kebanggan tempatan. Permintaan terhadap busana klasik seperti baju kurung, kebaya dan kebarung masih ada. Cuma kelompongan permintaan itu tidak dapat ditampungi kebanyakan pengusaha fesyen lokal berikutan keghairahan menghasilkan rekaan bersifat semasa – jubah, blaus tunic dan abaya.

Lama kelamaan pakaian melayu tradisional kita seperti baju kurung, baju kebaya dan kebarung semakin dilupai. Macam yang kita dapat lihat sekarng, fesyen terkini membiak bagaikan cendawan! macam macam jenis design ada! dari yang terlebih kain, sampai ke tidak cukup kain!

Maka peluang itu diambil jenama baharu, Apricus fashion: bagi melancarkan koleksi Klasik. Ia merangkumi lima rekaan tradisional terdiri daripada Baju Kurung, Baju Kurung Moden, Kebaya labuh dan Kebarung.

Tahun 2017 bermulanya detik memasuki industri fasyen tanah air, dengan mengetengahkan baju tradisional klasik. Syukur, mendapat sambutan yang agak memberangsangkan! Sesungguhnya masih ramai yang menggemari baju tradisional.

Kita sebenarnya kadang tak sedar yang baju tradisional ni cantik sebenarnya! contoh terdekat, baju kurung kedah. Baju kurung dengan kain batik je tau, tapi dia punya elegant tu takpayah cakap lah. sangat menarik mata yang memandang! tak percaya? pergi beli dan pakai. mesti orang tengok taklepas pandang..

Haaaa dan jangan lupa dapatkan koleksi baju tradisional klasik daripada kami juga, mesti puas hati! kami memang pentingkan kualiti daripada kuantiti. takpercaya? boleh scroll facebook kita tengok feedback customer hehe!

Keep supporting us! APRCS akan sentiasa mengeluarkan koleksi pakaian yang mengetengahkan klasik dan tradisional yang disukai ramai, Inshaallah. Doa yang baik baik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *