Koleksi Ramadhan/Raya 2018 untuk Plus Size

Hi! Yayy finally our new collection dah sampai! Everyone can start purchase now ok. Nak pakai untuk Raya boleh, nak pakai untuk kenduri weekend pun boleh! Haa,istimewanya kali ini kita datangkan 2 warna baru yang paling banyak request tau. Nak tau warna apa boleh tengok kat sini ye. Koleksi Raya 2018  Andddddd,size dari 2XL hingga 5XL tau. Sebab last time ramai sangat yang minta saiz sampai 5XL, so kali ni kita buat saiz sampai 5XL. Harap semua orang puas hati hehehe…

Ok meh kita baca sikit sikit pasal kebarung baru kita ni yeeee. Selamat membaca!

 

Kebarung Naura merupakan kebarung potongan Johor Riau yang sedang hangat diperkatakan pada masa kini. Ramai yang mecari cari pakaian klasik seperti Kebarung untuk digayakan di hara raya, majlis keramaian, atau kenduri kahwin. Jadi dengan itu kami mengeluarkan siri Kebarung Klasik Versi 2 iaitu Kebarung Johor Riau.

KEBARUNG adalah gabungan kepada “Baju Kebaya” dan “Baju Kurung”. Ia berbentuk baju kebaya dan mempunyai saiz baju kurung. Kebarung adalah simbolik cantuman kebaya dan kurung yang direka oleh masyarakat melayu moden. Kebarung dilabel sebagai salah satu baju kebangsaan yang sopan dan elegan.  Potongan kontemporari yang longgar dengan lengan panjang yang lebar serta leher V-bentuk “lapel”, “pesak” dan “kekek” dan membuka di bahagian tengah pakaian membuatkan busana Kebarung sangat diminati oleh semua peringkat umur.

Penggunaan kain material “cotton” yang menjadi trademark Apricus Fashion sedikit sebanyak menjadikan Kebarung Naura ini amat selesa dipakai dan juga ianya tidak melekap di badan. Kebarung Naura edisi terbaru ini didatangkan dengan design zip sorok di hadapan,dan poket di bahagian tepi bagi memudahkan pemakai. Kain Kebarung ini di design berupa kain lipat batik yang akan menampakkan lagi imej klasik di busana ini.

Kebarung Naura siri raya  ini didatangkan dengan 5 pilihan warna iaitu Golden Brown,Maroon,Navy Blue,Green dan Dusty Pink. Untuk saiz pula, kami datangkan saiz dari 2XL hingga 5XL. Apricus Fashion sememangnya sentiasa member ruang dan peluang kepada pemakan yang berbadan plus size untuk lebih bergaya di hari raya!

Kalau berminat boleh order je di website atau pun boleh pergi facebook kita nanti kita assist awak semua!

KLIK SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *