Kebarung Riau Johor merupakan kebarung potongan Riau yang sedang hangat diperkatakan pada masa kini. Ramai yang mecari cari pakaian klasik seperti Kebarung untuk digayakan di hari raya, majlis keramaian, atau kenduri kahwin. Jadi dengan itu kami mengeluarkan siri Kebarung Klasik Versi 2 iaitu Kebarung Riau.
KEBARUNG adalah gabungan kepada “Baju Kebaya” dan “Baju Kurung”. Ia berbentuk baju kebaya dan mempunyai saiz baju kurung. Kebarung adalah simbolik cantuman kebaya dan kurung yang direka oleh masyarakat melayu moden. Kebarung dilabel sebagai salah satu baju kebangsaan yang sopan dan elegan. Potongan kontemporari yang longgar dengan lengan panjang yang lebar serta leher V-bentuk “lapel”, “pesak” dan “kekek” dan membuka di bahagian tengah pakaian membuatkan busana Kebarung sangat diminati oleh semua peringkat umur.
Penggunaan kain material “cotton” yang menjadi trademark Apricus Fashion sedikit sebanyak menjadikan Kebarung Riau ini amat selesa dipakai dan juga ianya tidak melekap di badan. Kebarung Naura edisi terbaru ini didatangkan dengan design zip sorok di hadapan,dan poket di bahagian tepi bagi memudahkan pemakai. Kain Kebarung ini di design berupa kain lipat batik yang akan menampakkan lagi imej klasik di busana ini.
Koleksi Kebarung ini didatangkan dengan 5 pilihan warna iaitu Golden Brown,Maroon,Dusty Blue, Dark Green dan Dusty Pink. Untuk saiz pula, kami datangkan saiz dari 3XL hingga 6XL. Apricus Fashion sememangnya sentiasa member ruang dan peluang kepada pemakai yang berbadan plus size untuk lebih bergaya sepanjang hari.
Size Chart (Inch)
Cara penjagaan
- Basuh dengan baju yang sama warna.
- Basuh menggunakan tangan ataupun mesin.
- Jangan meluntur.