Penerangan
Baju Kurung Pahang Riau menyingkap pertalian sejarah antara kedua negeri Riau & Pahang. Walaupun Riau & Pahang adalah 2 buah negeri yang berjauhan, perhubungan politik dan sosial budaya yang terjalin sewaktu zaman kerajaan melayu Melaka terserlah dengan terciptanya potongan pakaian ini yang juga dikenali sebagai Baju Belah atau Baju Kebaya Turki. Berbeza dengan pesak baju kurung, Kedua-dua bahagian tepi Baju Kurung Riau Pahang berpesak kembang yang disambungkan kekek gantung.
Baju Kurung Pahang Riau sedang hangat diperkatakan pada masa kini. Ramai yang mencari-cari pakaian klasik seperti Kurung Pahang Riau ini untuk digayakan di hari raya, majlis keramaian, atau kenduri kahwin. jadi dengan itu kami mengeluarkan siri raya yang baharu iaitu Kurung Pahang Riau.
Penggunaan kain material “COTTON” yang menjadi trademark Apricus Fashion sedikit sebanyak menjadikan Kurung Pahang Riau ini amat selesa dipakai dan juga ianya tidak melekap dibadan. Kurung Pahang Riau edisi terbaru ini didatangkan dengan design zip di hadapan, dan poket dibahagian tepi bagi memudahkan pemakai. Kain kurung ini di design berupa kain lipat batik yang akan menampakkan lagi imej klasik di busana ini.
Kurung Pahang Riau siri raya ini didatangkan dengan 5 pilihan warna iaitu Maroon, Peacock Blue, Dark Purple, Dark Green, & Reddissh Brown. Untuk size pula, kami datangkan saiz dari 3XL hingga 6XL. Apricus Fashion sememangnya sentiasa memberi ruang & peluang kepada pemakai yang berbadan besar untuk lebih bergaya di hari raya.
Carta Saiz
(Kurung Riau Pahang)
Cara Penjagaan
- Basuh sekali dengan baju yang sama warna. Takut Luntur.
- Boleh basuh menggunakan tangan ataupun mesin.
- Jangan letakkan agen peluntur.
Reviews
There are no reviews yet.