๐๐๐ก๐๐๐ก sempitkan pemakaian anda dengan satu gaya jika anda mahu menyerlah dan siapa tahu anda berkebolehan dan berbakat menjadi style influencer ?? Jom scroll ke bawah dan terus membaca๐
1) – ๐ป๐๐๐ ๐ช๐๐๐ ๐ฉ๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Semestinya, jika anda mahu di kenali dan cara berpakaian anda diikuti, anda mestilah kreatif dan tahu cara-cara untuk memilih pakaian yang betul! Terdapat empat style tricks yang boleh dijadikan rujukan supaya anda tidak ketinggalan dan lebih berkeyakinan dalam menggayakan apa-apa fesyen.
๐ ) ๐ท๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
Tahukah anda? Pemilihan warna yang tepat penting kerana ia bukan sahaja dapat mencerminkan personaliti anda tetapi boleh mempengaruhi emosi, malah perasaan orang di sekeliling anda. Warna yang sesuai dengan musim panas seperti merah, kuning dan jingga untuk mewujudkan keharmonian, manakala warna-warna sejuk yang boleh anda pakai untuk menimbulkan susasan nyaman pula seperti biru, hijau dan ungu.
๐๐) ๐ฒ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐
Sudah tentu anda tidak mahu kelihatan kusam dan boring terutamanya jika ingin gaya penampilan anda menjadi perhatian dan rujukan dalam berfesyen. Berikut merupakan kombinasi warna yang anda boleh padankan untuk tingkatkan keberanian dan keyakinan. Inilah masanya untuk tonjolkan pakaian-pakaian yang anda sembunyikan di dalam almari pakaian.
Sebagai contoh, padanan warna hijau dan jingga, merah jambu dan hijau serta merah dan jingga.
๐๐๐) ๐ฎ๐๐๐๐๐๐ ๐ป-๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
Kemeja-t dan jeans merupakan pakaian asas yang paling ringkas untuk digayakan, malah ada caranya untuk jadikan pakaian ringkas ini kelihatan lebih menarik dan tidak membosankan. Sebagai contoh, gayakan outfit anda dengan kasut tumit tinggi untuk kelihatan lebih feminin tetapi ringkas. Padankan aksesori yang tidak terlalu sarat seperti anting-anting ataupun rantai untuk kelihatan anggun dan menawan.
2) – ๐ญ๐๐๐๐ ๐ท๐๐ ๐ ๐ฌ๐๐๐๐๐๐
Jika anda merupakan pelajar jurusan fesyen atau minat dalaam bidang fesyen , inilah masanya untuk mencungkil bakat anda ! Mungkin anda berkebolehan menjahit, pakar dalam menggayakan dan mengenakan renda (lace) pada pakaian, pastikan hasil kerja and diketahui dan dikenali.
3) – ๐ซ๐๐๐๐๐๐๐ ๐จ๐๐๐๐๐๐๐ ๐บ๐๐๐๐๐๐๐ ๐จ๐๐ ๐
Jika anda gemar mengenakan aksesori rantai atau anting-anting dalam menggayakan penampilan anda, inilah masanya untuk anda tampilkan koleksi anda untuk kelihatan menarik. Selain itu, jika anda ssalah seorang penggemar topi, boleh gayakan koleksi topi yang anda kumpul bersesuaian dengan penampilan anda.
4) ๐ฑ๐๐๐๐๐ ๐ณ๐๐๐ ๐บ๐๐๐๐๐๐ ๐ซ๐ ๐พ๐๐๐๐ ๐ซ๐๐ ๐ซ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐น๐๐๐๐๐
Solekan di wajah mampu menaikkan seri muka malah menjadikan anda lebih berkeyakinan, tetapi perlu menggunakan teknik solekan yang betul supaya tidak terlalu over dan pucat. Kalau anda seorang yang free hair, jangan takut untuk mengenakan fesyen rambut terkini. Apa yang penting, rambut anda rapi dan kemas ssupaya kelihatan lebih segar dan bersih.
5) – ๐ฑ๐๐๐๐๐ ๐ฑ๐๐ ๐๐๐๐ ๐บ๐๐๐ ๐ฉ๐๐ ๐๐ ๐บ๐๐๐๐๐๐ ๐ท๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ผ๐๐๐๐ ๐ฉ๐๐๐๐๐๐๐๐ , ๐๐๐๐๐ ๐ซ๐๐๐ !
Jangan Jadikan Saiz badan sebagai alasan untuk tidak berfesyen serta takut untuk bermain dengan warna kerana anda boleh memilih fabrik yang betul untuk kelihatan lebih kurus. Jangan takut untuk mencuba gaya baru kerana anda perlu yakin dengan penampilan yang mencerminkan personaliti anda. Takkan la sampai ke sudah anda mahu memakai warna hitam? Ceriakan diri anda dan cuba sesuatu yang baru.