Wanita yang memiliki tubuh kecil mempunyai banyak kelebihannya. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa tampak lebih muda daripada usia sebenar. Namun, wanita bertubuh kecil juga terdapat kelemahannya. Mereka perlu memilih pakaian dan aksesori dengan berhati-hati kerana kombinasi yang salah akan menampakkan tubuh mereka lebih pendek daripada biasa. Disini, kami ingin kongsikan tujuh tips fesyen untuk wanita bertubuh kecil supaya tampak lebih tinggi.
1 ) 𝑩𝑨𝑱𝑼 & 𝑺𝑲𝑰𝑹𝑻
Pilihan pakaian anda memainkan peranan penting dalam hal ini. Memakai baju yang longgar akan membuatkan badan anda tampak lebih besar dan panjang namun pada masa yang sama ia akan membuatkan kaki anda tampak lebih pendek. Ia adalah lebih baik jika anda memasukkan baju ke dalam skirt (𝘵𝘶𝘨 𝘪𝘯) kerana ia akan menyerlahkan bahagian pinggang anda serta “memanjangkan” kaki anda dan secara amnya ia akan membuatkan bentuk badan anda tampak lebih langsing.
2) 𝑻𝑨𝑳𝑰 𝑷𝑰𝑵𝑮𝑮𝑨𝑵𝑮 & 𝑲𝑨𝑺𝑼𝑻
Jika anda suka memakai kasut atau sandal yang mempunyai strap pada pergelangan kaki, pastikan tali strap itu sepadan dengan nada kulit anda. Pastikan kasut yang anda pilih tidak terlalu besar atau warnanya lebih gelap dari warna kulit anda kerana ia akan membuatkan kaki anda kelihatan lebih pendek. Elakkan juga dari mengenakan tali pinggang lebar kerana ia akan menjadikan anda tampak lebih lebar dan pendek.
3) 𝑱𝑨𝑲𝑬𝑻 & 𝑩𝑳𝑨𝒁𝑬𝑹
Wanita yang bertubuh kecil tidak sesuai memakai jaket atau blazer yang panjang atau besr kerana ia akan membuatkan kaki mereka tampak pendek. Adalah dinasihatkan untuk memakai jaket atau blazer yang lebih kecil dan panjangnya tidak melebihi pinggang anda. Anda juga perlu berhati-hati dalam memilih beg. Untuk anda yang memiliki tubuh yang kecil, pilih beg kecil yang lebarnya tidak melebihi 10-11 inchi. Jika anda gemarkan beg galas, pastikan saiznya juga kecil dan memiliki bentuk geometri yang kemas.
4) 𝑲𝑨𝑹𝑫𝑰𝑮𝑨𝑵
Kardigan yang panjang adalah satu penyelesaian untuk anda yang bertubuh kecil untuk menambah beberapa inchi kepada penampilan anda tanpa perlu memakai kasut tumit tinggi . Namun, anda harus pastikan kardigan anda tidak terlalu besar dan tidak mempunyai sebarang perincian yang besar seperti poket yang besar.
5) 𝑫𝑹𝑬𝑺𝑺
Dress yang besar tampak lebih cantik untuk perempuan yang bertubuh tinggi. Apabila dikenakan pada gadis bertubuh pendek, ia akan membuatkan anda tampak lebih rendah daripada biasa. Sebaliknya, anda perlu memilih dress yang lebih kecil dan mengikut bentuk badan anda untuk memberikan kadar yang betul kepada tubuh anda dan sekaligus memberikan bayangan lebih tinggi kepada tubuh anda.
6) 𝑲𝑶𝑵𝑻𝑹𝑨 & 𝑴𝑶𝑵𝑶𝑲𝑹𝑶𝑴
Memilih pakaian yang kontra warna seperti warna baju yang terang dan seluar yang gelap akan menampakkan kekurangan anda dalam ketinggian. Pilih Busana dengan rona monokrom kerana ia akan membantu memberikan ilusi tinggi kepada penampilan anda. Pakaian dengan rona terang akan membuatkan badan anda tampak lebih besar daripada pakaian dengan rona gelap.
7) 𝑱𝑬𝑨𝑵 & 𝑩𝑨𝑱𝑼
Seluar jean yang sesuai buat wanita bertubuh kecil adalah jenis 𝘫𝘦𝘢𝘯𝘴 𝘩𝘪𝘨𝘩 𝘸𝘢𝘪𝘴𝘵𝘦𝘥 kerana ia akan membuatkan kaki anda tampak lebih panjang.