🌹Sebagai wanita, Pening tak tahu macam mana nak pilih PURSE untuk Penampilan anda ?? Jom kami share TIPS cara nak PILIH PURSE😘❤️

Betul ke nak pilih purse ni susah eyh ?? Rupanya ramai wanita kat luar sana tu mengalami kesukaran untuk memilih purse yang sesuai untuk kegunaan mereka. Adakah memilih purse hanya perlu pentingkan saiz dan warna?? Jom kita semak TIPS Memilih Purse wanita yang sesuai dengan penampilan berikut. Baca sampai habis tau! 😘🌹

  1. MODEL

Anda pasti sedar, ada ribuan jenis purse kulit wanita yang dijual diluar sana. Tak hairan kalau ramai wanita yang menghabiskan masa yang lama hanya untuk shopping dompet. Dengan begitu banyak pilihan dan perubahan trend setiap tahun, adalah baik untuk mempertimbangkan model yang timeless dan boleh digunakan dalam setiap apa pun occasions.

2. SAIZ

Duit Kertas, duit syiling, kad ATM, dan mycard – Kapasiti dompet wanita bergantung kepada keperluan, tetapi semua benda penting mesti kena masukkan dekat ruang purse yang ada. Saiz menjadi faktor penting dalam memilih purse kerana banyak peralatan yang mesti di bawa.

3. WARNA

Pemilihan warna neutral akan menjimatkan masa awak untuk mencampur atau memadankan (sesuaikan) dengan pakaian yang anda pakai kerana warna kulit dan warna lembut sangat mudah di campur dan di padankan.

4. PENJAGAAN

Pilih dompet yang tidak memerlukan banyak penjagaan kerana anda biasanya akan membawa dompet ini dan menggunakannya sepanjang masa. Pastikan anda menyimpan dompet dengan mudah supaya tidak sukar bagi anda pada masa akan datang.

5. KUALITI (BAHAN DAN CARA DIBUAT)

Purse kulit wanita mempunyai tahap ketahanan yang lebih tinggi berbanding dengan dompet yang dibuat dari bahan sintetik atau bahan kain sintetik. Itulah sebabnya ramai wanita mengutamakan kualiti bahan untuk kegunaan jangka panjang.