Kalau sudah namanya wanita , pasti ada sahaja pakaian baru yang akan di beli setiap bulan. Membeli pakaian tidak semestinya perlu ke kedai. Kini, terdapat pelbagai kemudahan untuk anda membeli pakaian dengan kemunculan butik-butik online seperti kami. Jadi, anda sudah tidak perlu lagi ke kedai dan sedikit sebanyak ia dapat menjimatkan lagi masa anda.
TETAPI, apa yang menjadi masalah untuk anda membeli pakaian secara online adalah ukuran pakaian. Kadangkala, ukuran pakaian yang di jual online tidak sama dengan ukuran pakaian yang kita beli di kedai. Jadi, untuk mengelakkan anda membeli baju yang “kecil” atau “besar” sangat , so now kami nak share 4 tips yang mudah digunakan . Nak tahu 4 tips tersebut? jom sambung baca lagi kat bawah 👇 😉 😘
4 Tips Tersebut ialah:- 👇
1️⃣ Beli Pakaian di Website yang Mempunyai Size Chart
Pertama sekali, pastikan anda membeli pakaian di butik atau website yang mempunyai ukuran pakaian yang di jual. Kebiasaannya, website yang popular akan menyediakan size chart yang terdiri daripada panjang (height), lebar (weight), dan ukuran dada (bust)untuk pakaian yang di jual. Jadi, ia memudahkan anda untuk mengukur dan mengetahui sama ada pakaian tersebut sesuai atau tidak dengan tubuh anda.
2️⃣ Cari Informasi Tentang Produk Tersebut
Sebelum anda membeli sesuatu produk , pastikan anda tahu dan kenali jenama itu terlebih dahulu. Setiap jenama mempunyai ukuran serta kualiti yang berlainan. Jadi , sebaik-baiknya anda baca dahulu review daripada para pembeli . Melalui review anda akan tahu sama ada produk itu patut dibeli atau tidak. Jika kebanyakan review adalah negative, lebih baik anda batalkan sahaja daripada membeli pakaian tersebut.
3️⃣ Pastikan Ada Sistem REFUND
Sebaiknya, Pastikan anda membeli pakaian yang mempunyai sistem refund atau penukaran barang, sekiranya ukuran tidak sesuai , anda boleh menukar saiz atau memulangnya semula.
4️⃣ Beli Dua Barang Dengan Ukuran Yang Berbeza
Jika anda mahu memakai pakaian tersebut dengan segera tapi was-was dengan ukurannya, apa kata anda beli sahaja 2 barang yang sama tetapi dengan ukuran yang berbeza. Pastikan anda mempunyai wang yang mencukupi ya sebelum membeli barang tu! Bila sampai, anda boleh cuba kedua-duanya dan pilih mana satu yang sesuai dengan anda. Baju yang ukurannya tidak sesuai, anda boleh kembalikan semula dengan ganti koleksi yang baru.
SHARING is CARING !! Lots of LOVE ❤️ ❤️ ❤️