Walaupun kita perlu menjaga kulit muka kita setiap hari, sepanjang tahun dan bila-bila masa sahaja kita kene jaga. Tetapi, musim panas akan mengakibatkan kulit muka kita kering , jadi, kita perlu lakukan rutin penjagaan kulit muka lebih ekstra bagi menyingkirkan semua kotoran , minyak dan elakkan dari pori tersumbat. Jadi , apakah formula rahsia untuk kulit yang sihat? Lebih-lebih lagi pada musim panas.?? Yes !! the answer is TONER! tetapi AWAS! Jangan terlalu kerap cuba sembunyikan masalah kulit berjerawat dan berminyak dengan mekap. Untuk permasalahan ini kunci nya dan yang akan dapat membantu adalah dengan menggunakan Toner yang lembut dan menyamankan untuk menyingkirkan minyak dan sisa kotoran.
Toner sangat bermanfaat dan penting bagi mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak dan berjerawat. Ianya sangat berguna untuk mereka yang memerlukan pembersihan tambahan kerana tabiat mereka yang kerap memakai mekap atau menggunakan produk penjagaan kulit seperti krim pelindung matahari.
Mungkin terlintas difikiran apa sebenarnya fungsi toner ni kan? Perlu ke kita gunakan toner dalam rutin harian ? Toner ni keringkan kulit muka kita ke ? Haa jom scroll bawah ni lagi kalau nak tahu manfaat toner untuk kulit dan bagaimana toner membantu menjadikan kulit muka bersih, kekal muda, dan menghalang pertumbuhan jerawat. Teruskan membaca ok 😊
#1️⃣ Mengurangkan Atau Mengecilkan Saiz Liang Pori
# 2️⃣ Menstabilkan pH Seimbang
# 3️⃣ Menambahkan Lapisan Perlindungan
# 4️⃣ Bertindak Sebagai Humectant
# 5️⃣ Menyegarkan Kulit
Sesetengah orang mengatakan bahawa menggunakan toner boleh mengeringkan kulit terutamanya pada cuaca sejuk apabila kulit sudah sedia kering. Tetapi kebaikan toner mengatasi kekurangan yang kecil ini. Lebih-lebih lagi kamu boleh mengatasinya dengan menggunakan pelembap selepas menggunakan toner supaya ia dapat mengekalkan kelembapan wajah kamu. Selain itu, manfaat menggunakan toner yang paling besar adalah ia dapat mengawal jerawat dan kedutan.
Bagi mereka yang memakai mekap setiap hari, toner akan menjadi item yang sangat berguna sebagai sebahagian daripada rejim penjagaan kulit harian untuk memastikan sisa mekap dapat ditanggalkan dengan sempurna dan tidak menyebabkan pori tersumbat yang membawa kepada pertumbuhan jerawat. Jika menggunakan toner untuk jangka masa yang panjang ia dapat membantu melambatkan pembentukan kedutan pada wajah kamu.
Walaupun kamu tidak memakai mekap setiap hari, kamu masih boleh menggunakan toner yang lebih ringan teksturnya sekali sehari untuk menyingkirkan kotoran dan lebihan minyak untuk memastikan kulit sentiasa segar. Jika toner menyebabkan kulit kamu kering, kamu boleh menggunakan hirisan timun atau jus timun, kapas muka yang dicelup ke dalam jus lemon, hirisan tomato ataupun kiub ais sebagai alternatif lain.