Selalunya bulan puasa ni pada masa hujung minggu mesti ramai warga kota membanjiri Jalan Tunku Abdul Rahman, sekitar Jalan Masjid India, Bangi, Shah Alam dan banyak lagi lokasi kegemaran membeli-belah kelengkapan baju raya. Namun, semua itu tidak mampu lagi kita lakukan memandangkan PKP mula dikuatkuasakan bermula 18 mac lalu.
Sungguhpun begitu, ia bukan alasan untuk kita ambil mudah dalam melakukan persiapan awal meraikan 1 syawal. walaupun hanya beraya di rumah tahun ini dan tidak dapat balik kampung, tetapi semangat beraya harus ada untuk meraikan kemenangan selepas sebulan kita berpuasa. Lihat saja media sosial setiap hari, mesti ada gambar koleksi baju raya yang ditunjukkan dan menarik perhatian untuk terus melayarinya.
Lantaran itu, pembelian baju raya secara online kini menjadi satu-satunya pilhan yang ada. Betul, masih ada yang segelintir daripada kita yang suka melihat, menyentuh tekstur fabrik selain cuba sarungkan baju terlebih dahulu. Namun apakan daya , kita kini perlu mengadaptasi dengan norma baharu yang mengekang kita daripada melakukan pembelian secara konvensional. Justeru, penyelesaiannya hanya di hujung jari.
Daripada kita bersesak dengan orang ramai lebih baik kita beli secara online. hanya perlu order then dah sampai depan rumah . Tak perlu kita nak ambil risiko keluar bersesak dengan orang ramai yang ntah positive covid ke tidak. Stay at home everyone . SELAMAT HARI RAYA 🙂