Sudah selalu sangat orang menilai diri anda daripada cara anda berpakaian, warna rambut anda, cara lilitan tudung anda, atau mungkin juga dari bintang zodiak anda? Ish boring lah! Kalini jom kita baca tentang personaliti diri kita, dari segi “taste” kita dalam memilih bag tangan dalam kehidupan seharian!
Sambil kita kenal personaliti, sambil itu juga kita akan belajar nama-nama beg okay? Sambil-sambil aca blog ni, bolehla dapat ilmu baru kan. Takde la sia sia sangat bayar bil telefon. hehehehe
#TOTE BAG
Beg tote adalah sejenis beg yang mempunyai tali pemegang yang panjangnya cukup sekadar untuk disangkut ke bahu. Tote bag ni melambangkan wanita yang tangkas dan ringkas. Hidupnya sering dikerumuni banyak perkara sehingga tiada masa untuk dirinya sendiri. Betul ke? Memang sibuk nampaknya orang yang suka memakai beg jenis tote ini.
# HOBO BAG
Beg Tangan style “hobo” ni selalunya wanita-wanita yang sukakan handbag gaya tote juga. cuma yang pakai design ni mereka lebih menjaga style dan lebih fashionable sikit! Meskipun saiz adalah keutamaan untuk memuatkan segala macam keperluan harian anda, namun dalam masa yang sama, anda masih mahu kelihatan sempurna dan bergaya di mata orang. Barulah anda akan berasa puas!
#CLUTCH
Beg kiut jenis clutch atau lebih dikenali sebagai beg kepit ini melambangkan ciri-ciri klasik, glamor yang ringkas -digemari oleh wanita yang tidak memerlukan aksesori besar dan menonjol untuk kelihatan bergaya. Selalunya yang sukakan clutch ni jenis yang sangat outgoing & have a very high taste in fashion! Oleh itu, boleh dikatakan bahawa orang yang gemar memakai clutch ini sebenarnya minimalis, sangat teliti dan teratur kerana hanya barang-barang yang penting sahaja dibawa bersama seperti wang tunai, gincu, telefon pintar serta kunci rumah dan kereta. Cukup!
# CROSS BODY / BEG SILANG
Beg silang adalah kegemaran remaja masa kini. Walaupun sangat ringkas, ia masih lagi mampu menampakkan sisi elegant tersendiri! Selalunya wanita yang memakai beg silang ni seorang yang moden dan mempunya minda yang ke depan! Eh, betul ke tu?
# SATCHEL
Beg tangan jenis “Satchel” adalah sejenis beg yang rupanya hampir sama dengan briefcase, cuma rekaannya lebih eksklusif dan moden! Beg tangan jenis ni boleh dipakai casual style & jua formal. macam 2 in 1 lah! Beg tangan jenis Satchel adalah simbol ikonik yang merujuk kepada wanita berkerjaya.
Jika anda minat memakai satchel, anda adalah seorang yang bijak menguruskan masa, teratur serta pandai menstabilkan kehidupan profesional dan peribadi. Ini kerana, anda mahu berjaya di dalam apa jua yang anda lakukan. Cewahhhh.
Aha, so itulah sedikit sebang tentang handbag & personaliti diri si pemakai. Anyway, semua handbag kat situ ada dijual di website tau! klik je link nanti boleh terus letak dalam cart! 😀 Happy reading, Happy shopping!
Have a nice day, till next time!
xx, Belle