TEKNIK GAYAKAN BAJU OVERSIZED MUSLIMAH

Hello girls! Harini kami nak kongsi tips menggayakan baju oversized. Baju oversized ni trendy je dan kami tau ramai sukakan gaya baju oversized sebab nampak kasual dan pada masa yang sama nampak sopan. Tapi, nak pakai baju macam ni pun ada caranya tau sebab kalau tak kena, nampak pelik dan nampak badan kita ni lebih besar daripada biasa. Haaa daripada elok nampak kecik dan stylo, tetiba nampak gemuk pulak. So jom tengok tips dekat bawah :

– Jeans and High Heels

Gaya dengan cara yang paling asas adalah memakai baju oversized dengan seluar skinny jeans dan kasut tumit tinggi. Korang akan kelihatan bergaya dan trendy walaupun ianya hanyalah pemakaian casual. Jadi, kalau korang nak gayakannya dengan gaya simple, boleh cuba dengan skinny jeans dan kasut tumit tinggi. Simple tapi memang kena.

– Tuck in

Korang boleh juga tuck in semua lebihan baju oversized tu ke dalam seluar jika baju itu nipis. Gaya ni akan buatkan korang nampak kemas dan bergaya. Tidak kira jenis seluar apa pun yang korang pakai, ianya masih sesuai dan tampil cantik apabila digayakan dengan baju oversized.

– Tuck just a part of it

Haa perasan tak gaya yang masukkan separuh je baju oversized dalam seluar ni? Stail ni memang popular tau dan ramai yang rasa gaya ni nampak onz dan sangat kena dengan baju oversized ni. Tidak perlu tuck in semua ke dalam seluar kerana ianya akan berbonggol dalam seluar, nanti korang nampak selekeh pulak. Sudah menjadi trend terkini untuk semua orang tuck in hanya sebahagian baju ke dalam seluar masing-masing, tidak kiralah baju apa pun kerana ianya akan kelihatan bergaya dan trendy!

– Pleated Skirt

Dan tentu saja untuk kelihatan hebat bergaya, pakai baju oversized korang itu dengan pleated skirt yang terdapat banyak di pasaran! Kecantikan yang ada pada pleated skirt yang menjadi trend pada masa kini akan menyerlahkan lagi gaya pemakaian baju oversized dengan skirt ni. Sama seperti seluar, skirt juga boleh korang tuck in kan baju di dalamnya. Kalau baju korang nipis, korang boleh tuck in kan semua dan jika baju korang tebal, tuck in kan sebahagian depan baju sahaja ke dalam skirt tu untuk tampil bergaya. Bosanlah asyik pakai seperti biasa tanpa tuck in kan? Jadi, beranikan diri untuk tampil menarik dengan trend terkini.

Haa so dah ada keyakinan kan nak gayakan baju oversized ni? Selamat mencuba!