Tips Memilih Baju Muslimah yang SESUAI dengan Bentuk Tubuh Badan🌷🌷🌷

Perkembangan fesyen memang mempengaruhi cara wanita berpakaian dalam apa jua lapangan. Bagi wanita muslimah paling penting anda memilih busana muslimah yang mengikut garis panduan syarak.

TIPS MEMILIH BUSANA MUSLIMAH:

  • Pakaian itu hendaklah menutup aurat.
  • Pakaian hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan susuk tubuh badan.
  • Pakaian itu diperbuat daripada kain yang berkualiti supaya tidak jarang dan nipis yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan. Jika pakaian itu jarang, anda harus memakai pakaian dalam untuk mengelakkan bayangan bentuk tubuh badan.
  • Pakaian itu haruslah dibuat daripada kain yang tidak terlalu licin dan lembut hingga melekat di tubuh dan membayangkan kulit pemakainya.
  • Pakaian itu tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang yang melihatnya serta mendatangkan fitnah.
  • Pakaian tidak menyerupai lelaki.

Dalam memperkatakan mengenai fesyen yang sesuai untuk muslimah, kita tidak sepatutnya mengongkong fikiran dengan menggambarkan pilihan yang terhad kerana sudah jelas islam tidak menentukan fesyen atau bentuk pakaian. Pelbagai bentuk jenis pakaian muslimah yang ada di pasaran seperti baju kurung , jubah, tunik atau blouse yang dipadankan dengan seluar atau skirt labuh untuk anda pilih.

Walau bagaimanapun, busana muslimah haruslah disesuaikan dengan bentuk tubuh, supaya kekurangan kita dapat ditutupi.

Berikut ini adalah beberapa tips ringkas untuk memilih busana muslimah agar sesuai dengan bentuk tubuh:-

TUBUH TINGGI

Wanita muslimah yang mempunyai tubuh yang tinggi sesuai memakai pelbagai jenis busana muslimah dari jubah, tunik hingga ke paduan blouse dengan skirt atau seluar panjang. Untuk menaikkan seri penampilan anda, anda boleh memakai aksesori seperti rantai atau gelang supaya penampilan anda kelihatan lebih cantik dan lebih manis.

TUBUH KECIL

Wanita muslimah yang bertubuh kecil seeloknya elakkan diri daripada memakai jubah yang besar kerana ia akan menampakkan tubuh anda kelihatan seakan tenggelam. Sebaiknya anda memakai blouse yang panjang atau tunik labuh paras lutut dan dipadankan deengan seluar straight cut. Pakai tudung atau selendang dengan warna yang senada agar penampilan anda kelihatan cantik dan sopan.

TUBUH BERISI

Untuk tubuh berisi, pilih blouse dan seluar wide leg. Dengan blouse muslimah ini anda akan kelihatan lebih langsing. Pilihlah warna gelap untuk memberikan ilusi dan menyamarkan bentuk tubuh anda. Pilih tudung atau selendang yang tidak berlayer untuk menghindari efek penuh pada pennampilan anda. Anda juga boleh memilih corak yang simple seperti garis lurus-lurus atau corak abstarct yang berbentuk kecil supaya anda kelihatan langsing dan tidak berisi.

INGAT ! Kecantikan dari dalam harus ditambahkan kecantikan luaran dengan menggunakan fesyen yang sesuai. Kecantikan bukan hanya dari wajah saja namun boleh saja dilihat dari penampilan yang sesuai. Moga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *