𝐄𝐋𝐀𝐊 𝐌𝐎𝐎𝐃 𝐒𝐏𝐎𝐈𝐋, 𝐏𝐀𝐒𝐓𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐑𝐔 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐇 𝐈𝐍𝐈 𝐒𝐔𝐏𝐀𝐘𝐀 𝗕𝗔𝗝𝗨 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐋 𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐋𝐔𝐁𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄𝐓𝐈𝐊𝐀 𝐈𝐑𝐎𝐍𝐈𝐍𝐆

Di zaman penuh kemudahan ini, semuanya hanya perlukan duit. Memandangkan anda sudah perabis duit untuk beli baju mahal, cuba jimat duit dengan mengelak dari menghantar ke dobi untuk di gosok.

Disini, kami nak berikan anda sedikit pengetahuan dalam mengendalikan proses menggosok agar baju yang mahal dan berjenama anda tidak berlubang. Elak mood hari anda spoil, pastikan tiru langkah bawah ni supaya baju atau pakaian anda tetap nampak onpoint dan tidak berlubang ketika ironing.

𝟭 – 𝗣𝗔𝗦𝗧𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗝𝗨 𝗔𝗡𝗗𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗜𝗛 / 𝗗𝗜𝗕𝗔𝗦𝗨𝗛

Ini penting, kerana jika ada kotoran atau kesan kapur, ia mungkin akan jadi corak tambahan apabila diseterika.

𝟮 – 𝗟𝗔𝗣𝗜𝗞 𝗕𝗔𝗝𝗨 𝗔𝗡𝗗𝗔 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗜𝗡 𝗟𝗔𝗜𝗡

Sebaiknya guna kain batik atau pelekat apabila menggossok baju dari fabrik yang delicate seperti chiffon silk, sutera, satin silk untuk mengelakkan kerosakan permanent.

𝟯 – 𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗦𝗘𝗞𝗔𝗟𝗜 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗚𝗢𝗦𝗢𝗞 𝗔𝗧𝗔𝗦 𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡𝗚

Gunakan muncung tiru seterika apabila menggosok di sekitar butang.

𝟰 – 𝗚𝗔𝗡𝗧𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗣𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗚𝗢𝗦𝗢𝗞 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗔𝗛 𝗥𝗢𝗦𝗔𝗞

Jika tiada masa untuk ganti yang baru, pastikan anda lapik papan penggosok dengaan kain tebal untuk mengelak baju anda imprint papan penggosok.

𝟱 – 𝗦𝗘𝗡𝗧𝗜𝗔𝗦𝗔 𝗚𝗘𝗥𝗔𝗞𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗧𝗘𝗥𝗜𝗞𝗔

Pastikan anda sentiasa gerakkan seterika every few seconds untuk elak baju anda terbakar.

𝟲 – 𝗕𝗘𝗞𝗔𝗦 𝗦𝗣𝗥𝗔𝗬 𝗜𝗦 𝗔 𝗠𝗨𝗦𝗧

Sebaiknya isi denga air paip. Namun, jika anda mahukan sedikit bantuan , tambah sedikit pelembut fabrik kegemaran anda.

Tetapi, jika anda masih was-was dan risau sekiranya baju rosak , hantar sahaja ke dobi. Ia akan memakan sedikit belanja tetapi sekurang-kurangnya anda tidak perlu bimbang lagi .

Selamat mencuba 🙂