Kebaikan dan Keburukan Social Media?

Ada Apa Dengan Media Sosial?

—- Zaman sekarang ni, hampir 90% aktiviti harian kita memerlukan kita untuk menggunakan at least 1 social media. perkembangan teknologi informasi semakin mempengaruhi hidup manusia. Media sosial ini dihadirkan untuk membuatkan komunikasi dan berbagai kegiatan menjadi lebih mudah. Tapi setiap kebaikan sesuatu tu mesti ada cons dia juga. Sayangnya! Kan bagus kalau semuanya positif kan? tapi mestilah tak mungkin… huhu so today kita akan ceritakan pros and cons tentang media sosial ni ya!

Kebaikan Social Media dalam kehidupan Seharian

Kebaikan sosial media yang kita nikmati sampai ke hari ini ada akses yang tanpa sempadan! Dari sosial media kita dapat bersosial dengan semua orang, dapat merapatkan hubungan yang jauh & juga dapat mencari kenalan baru! Hampir setiap orang di dunia ni ada sekurangnya satu akaun social media peribadi. Tak percaya? check yourself! Setiap orang mesti ada facebook punya. Yang takde tu mungkin yang dah tua sangat, ataupun duduk dalam hutan hahaha. ok gurau je.

Yang bagusnya social media ni, dia tak ada batasan. Nak cari maklumat? google je. 24 jam. Mesti ada jawapan. Tidak akan ada soalan yang tak ada jawapan. asalkan pandai google, nanti keluarlah jawapan tu! Dari segi mencari maklumat baru, media sosial sangat berguna ya. Segala jenis info akan kita dapat. Yang penting, niat kena betul! Nak cari ilmu. Jangan google benda bukan bukan ya. Al maklumlah, segalanya dihujung jari.

Zaman sekarang, semua bidang merangkumi media sosial. Nak belajar? apply dekat internet. Mintak kerja? apply kat internet. Meniaga? melalui intermet. Beli belah? kat internet pun boleh. Semuanya atas talian je sekarang. Mudah bukan?

So, marilah concludekan kebaikan penggunaan media sosial ni :

 

  • Mencari Informasi, Berita dan Pengetahuan
  • Mendapat Hiburan
  • Mennghilangkan stress
  • Komunikasi Online
  • Interaksi Online Sesama Rakan/keluarga yang jauh. 
  • Mencari duit tambahan (online bussiness)
  • Memudahkan urusan (online banking,)

Haaaa, banyak je benda positif yang dapat kita ambil dari sosial media ni. Yang penting kena pandai guna! Jangan sia siakan platform yang ada ni tau 🙂

 

 

Sisi Negatif 

  • Leka

Leka ni kita praktikkan kat semua la tak semestinya students sahaja. Bila terlalu asyik dengan media sosial seperti twitter instagram dan facebook, banyak benda tak jalan! Kerja kelaut, study kelaut, semua kelaut. Tips: jangan terlalu berlebihan ye. Berpada pada lah bersosial hehehe…

  • Cyber Bully
  • Penipuan Duit
  • Kurang berinteraksi dengan orang sekeliling
  • Pornografi
  • Mengganggu kesihatan tubuh (tidak proaktif)

Kalau explain panjang panjang boring kan? faham faham kan sendiri ye. Renung renungkan dan selamat beramal!

Dont forget to shop dekat Apricus Fashion ya~~~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *