Ketahui Jenis Dan Fungsi Beg Tangan Yang Anda Ada Atau Bakal Ada!

 

Beg tangan atau handbag merupakan aksesori wajib setiap kali seorang wanita ingin keluar dari rumah. Tak kiralah dimana anda pergi pasti beg tangan menjadi peneman setia. Kunci rumah, kereta, pelbagai barang peribadi, Tak percaya? Cuba anda check sekarang.. agak-agak ada berapa handbag dah kat rumah tu?

Di pasaran sekarang terdapat pelbagai jenama bermacam harga dan jenis beg tangan bersama rekaan yang menarik. Kecil, besar, panjang, pendek, petak atau bulat semuanya boleh dipilih mengikut citarasa anda. Ia juga bergantung kepada kesesuaian majlis yang dihadiri dan ia juga mampu menyerlahkan gaya personaliti diri anda. Dari beg tangan pun, orang dah boleh baca siapa diri anda yang sebenar tau! Dalam erti kata lain, beg tangan bagi wanita ni macam pelengkap gaya lah. Macam kalau tak ada sentuhan handbag kat gaya kita haritu, macam tak complete! Like something’s wrong somewhere…

Bagi anda yang ingin menukar beg tangan yang baharu itu, ikuti tips dan pilihan beg tangan yang Apricus syorkan! Beg- beg tangan ni baru je in stock! Ada banyak design menarik, harga berpatutan & yang penting high quality ya! Tak ada lah sebulan pakai dah lunyai ye dak? hehehe

#1 Tote Bag KLIK ME! 

 

Jenis design : Beg tangan jenis Tote / Tote handbag kebiasaannya berbentuk segi empat dan bersaiz lebar. Terdapat pelbagai pilihan fabrik seperti kulit, kanvas dan nilon pada sebuah beg tangan Tote. Tote bag ni ada macam-macam size, tapi selalunya size macam ni lah. Sesuai untuk Casual style ataupun Formal!

Kegunaan: Saiz besar dan lebar Tote sesuai digunakan untuk anda ke pejabat atau ke kolej. Buku malah laptop boleh dibawa menggunakan beg tangan Tote. Sangat berguna ya Tote bag ni!

 

#2 Cross body/ Sling Bag KLIK ME!

Jenis Design: Beg silang atau crossbody dipanggil kerana ia biasanya tali beg tersebut lebih panjang dan dipakai secara bersilang. Crossbody tidak semestinya hanya bersaiz kecil ada juga yang bersaiz besar seperti beg Tote. Lazimnya, Sling bag ini dipakai dengan pakaian casual & sangat digemari remaja masa kini! Kalau nak nampak muda, pakailah cross body handbag!

Kegunaan: Sesuai kegunaan harian seperti ke majlis kasual atau bersantai bersama keluarga dan teman-teman. Ia senang dibawa dan tangan anda bebas daripada perlu memegang tali beg tangan.

 

#3 Hobo Bag  KLIK ME!

Jenis Design: Bertali pendek dan hanya mempunyai satu zip ini dikenali sebagai beg Hobo. Saiz beg Hobo agak sama seperti beg Tote cuma ia bertali lebih pendek.

Kegunaan: Anda boleh gunakan beg Hobo sebagai aksesori harian ke pejabat, majlis kasual malah ketika membeli belah. Rekaan beg Hobo lebih eksklusif dan banyak barang anda boleh bawa

#4 Clutch KLIK ME

Jenis Design: Bersaiz kecil dan biasanya berbentuk memanjang. Beg Clutch menggunakan butang katup berbanding zip. Perincian beg lebih kepada bertahtahkan batu permata atau sulaman. Namun ada juga beg Clutch yang bersaiz sederhana sesuai untuk anda yang mempunyai barangan untuk dibawa atau telefon pintar bersaiz besar.

Kegunaan: Beg clutch sesuai untuk anda kelihatan anggun dan sofistikated di majlis formal. Cuma yang perlu anda ingatkan anda tak boleh barang banyak barang sahaja lah..

 

#5 Bucket Bag KLIK ME!

Jenis Design: Beg ini diilhamkan dari bentuk uncang. Beg jenis Bucket ini mempunyai satu tali panjang untuk digalas pada bahu dan tidak mempunyai sebarang zip. Ia diganti dengan tali pengikat yang boleh diselaraskan. Saiz Bucket Beg sedikit panjang berbanding beg-beg lain.

Kegunaan: Sesuai si gadis remaja untuk ke kolej atau bersantai bersama teman-teman. Disebabkan saiz beg Bucket yang memanjang dan luas sampai kasut dan bekas makanan pun boleh muat!

Haaa jadi itulah serba sedikit pasal jenis- jenis handbag. Kalau rasa nak beli, bolehla klink link dekat nama bag tu ya! kitta jual mur mur je wak. hehehe Happy shopping semua!

 

Credit post 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *